Selasa, 10 Januari 2012

     Baru-baru nie banyak longgokkan maklumat tentang agenda yahudi dan freemason yg bocor (masakan tak bocor kalau orang leh bebas share kat mane2 pon) entri bgtu dilihat sbgai sEsuatu yang bagus kerana mendedahkan tentang kebenaran disebalik musuh ALLAH.
     Namun banyak juga persoalan yang timbul pada saya tentang kebenaran entri tersebut, apakah kesahihannya dapat diyakini? Apakah semuanya palsu belaka? Namun yang paling merisaukan ialah mengenai penerimaan seseorang itu mengenai entri ini.
     Kebanyakkan entri ini menceritakan tentang kehebatan perancangan yahudi sejak beribu2 tahun yang dahulu,
bagaimana mereka mengkaji Al-Quran, tentang nabi ALLAH kita, tentang ilmu pemikiran umat islam dan lain-lain. Ini boleh menimbulkan ketakutan didalam diri kita jika kita tidak mengambil serius dalam kesahihan entri ini.
     Memang benar bahawa musuh islam itu adalah nyata, yang pertamanya ialah Iblis itu sendiri. Dendamnya kepada umat islam adalah sejak dari kejadian insan pertama lagi iaitu nabi ALLAH Adam. Oleh kerana keengananya untuk bersujud pada nabi ALLAH Adam maka dia dilaknat.


 Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis: "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah". Al-A'raf-11


 Berkata Iblis: "Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau telah menciptakannya dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk". Al-Baqarah-33


     Sifat takbur juga antara faktor dirinya jadi begitu. Maka dia dilaknat Allah kerana keengganannya.Maka dia bersumpah dihadapan ALLAH untuk terus menyesatkan cucu-cicitAdam sehingga hari kiamat kelak.
     Sifat takbur yang mengaburi mata hati telah terkena kepada sekutu-sekutu iblis ini. Mereka merasakan bahawa kajian yang mereka lakukan terhadap islam sudah cukup untuk dijadikan senjata untuk mengawal setiapi inci kehidupan kita.
     Apakah kita ini? Bukankah kita sentiasa ada ALLAH untuk menjaga kita? dimana hilangnya taqwa kita kepada ALLAH? BAgaimana iblis dan sekutu-sekutunya merancang untuk merosakkan islam, maka apakah perancangan kita untuk menangkisnya?
     ALLAH adalah sebaik-baik pelindung bagi orang islam itu sendiri. Jadi takwa dan tawaddu' kepada ALLAH adalah kunci kemenangan kita yang sebenarnya.
     Persoalan yang ketara ialah, Mengapa kaum(bukan islam) yang mendakwa mengetahui Al-quran dan Hadis nabi ini membantu iblis dalam rancangannya? Jika benar mereka mengkaji Al-Quran sepatutnya mereka tahu tentang ALLAH, tahu tentang syurga dan nerakanya.
     Apakah mereka tidak terbaca tentang itu ketika mengkaji Al-Quran? Dengan sombong mereka mengatakan bahawa umat islam dibawah telunjuk mereka. Maka jelas disitu menunjukkan yang mereka sebenarnya tidak memahami Al-Quran dengan secara terperinci walaupun mereka mengkajinya selama beribu-ribu tahun.
     Apakah kaitan mereka dengan iblis? Mereka tahu bahawa iblis itu akan keneraka, mengapa mereka dengan sukahati mengikuti iblis? Adakah logik disitu? jadi timbul keraguan disitu tentang kesungguhan kesombongan mereka terhadap agama islam ini sendiri.
     Jika benar perkara ini berlaku apakah mereka tidak tahu bahawa kejayaan mereka itu adalah dengan izin ALLAH? Apakah dengan mengkaji Al-Quran selama beribu-ribu tahun membuatkan hati mereka bertambah sesat?
     Jadi entri sebegini wajar dikaji semula kerana tidak ada asas keshihannya dan ianya lebih kepada untuk menakut-nakutkan umat islam. Saya tidak mengatakan bahawa entri ini tidak benar, tapi dari segi logik dan berbagai-bagai keraguan yang timbul dibenak saya membuatkan tertulisnya pendapat saya disini.
     Sesungguhnya hidayah itu milik ALLAH, walau bagaimana islam kita sekalipun Hidayah ALLAH bukan dapat pada semua. Kedatangan Dajjal adalah benar, Kiamat adalah benar, kematian adalah benar, penghisaban adalah benar, dan Kemenangan Islam adalah benar juga.
     Jadi ia menjadi ketakutan pada yang percaya 100%, dan menjadi pengajaran dan persiapan kepada yang berfikir.
~ORANG YANG BERFIKIR AKAN TERUS HIDUP SELAMANYA~
     

Isnin, 9 Januari 2012

~Kerna Sayang~

timang tinggi2,
sampai cucur atap,
tak yah nak cari publisiti,
di PRU kita berentap.

pisang emas dibawa belayar,
masak sebiji diatas peti,
PRU nanti sama2 keluar,
kerajaan lame kita patah yang baru kita ganti.

burung kakak tua,
hinggap di jendela,
umno sudah tua,
tunggu nak diganti sahaja.

sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu,
makan asyik terlebih makan,
rasuah pun dia mahu.

pulau pandan jauh ketengah,
gunung daik bercabang tiga,
anak muda jangan digugah,
berubah mereka berubah dunia.

terbang siburung merbah,
balik bila nak senja,
kenapa rakyat marah?
tepuk dada tanya selera.

nasi lemak buah bidara,
sayang selasih hamba turutkan,
buang agama buang negara,
kerana nafsu jadi pedoman.

pohon tak akan bergoyang kalau angin tak bertiup,
salam reformasi

Jumaat, 17 Jun 2011

HATI ASAS RUJUKAN MANUSIA

BISMILLAHIRROHMANIRAHHIM
     Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh, salam sejahtera pada semua saudara-saudari moga-moga sentiasa dirahmati oleh Allah, tuhan sekalian alam. Juga selawat dan salam pada junjungan nabi S.A.W, yang dengan berkat usahanya kita pada hari ini dapat mearsai nikmat yang besar yaitu nikmat iman dan islam.
     pada pendapat saya hati ini adalah seperti lautan yang dalam, tetapi jernih airnya sehingga jika kita mencampakkan batu didalamnya kita boleh melihat batu itu tenggelam hingga kedasarnya.
     Lautan yang dalam adalah perasaan, keinginan, dan segala sesuatu yang terpendam didalam hati adalah sukar untuk diduga sekali. Adalah mustahil bagi manusia untuk membaca hati orang lain kerana dalamnya hati manusia ini sukar untuk diduga akal. Jernihmya air itu hingga jika kita mencampakkan batu kedalamnya kita nampak batu itu tenggelam hingga kedasarnya bermaksud walau apapun perasaan yang tersimpan dihati manusia ini, namun masih dapat lagi kita duga melalui air mukanya.
     Hati juga merupakan raja bagi diri setiap insan, maka mata, hidung telinga tangan, kaki, dan sebagainya adalah rakyatnya. Jika baik hati seseorang itu maka baiklah keseliruhan manusia itu, jika hati insan itu buruk maka buruklah sekalian manusia itu. Oleh itu mujahadah untuk menjaga kebaikan hati itu penting. Ia ibarat lori pasir yang mana jika terbalik lori itu maka tidak mungkin selain dari pasir akan keluar dari lori itu.
     Hati manusia juga memegang dua sifat, iaitu sifat kebinatangan dan sifat kemalaikatan, jika hati kita teruk maka martabat kta akan lebih teruk dari binatang, jika hati kita baik maka kita lebih mulia dari malaikat. Hati yang baik adalah hati yang sentiasa ditongkat oleh akal. Tanpa akal hati akan menjadi sesat walaupun jalan kebaikan jelas didepan mata.
     Hati yang tenang merupakan salah satu tanda dari menjadi ahli syurga. Tetapi ketenangan ini dapat dicari jika hati kita ini basah dengan zikir dan perasaan takut kepada Allah. Tenang disini bermaksud tenang dari hal dunia dan tenang jika menerima ujian Allah.
     Jadi Saudara-saudari sekalian hati merupakan cermin pada diri insani, maka saya menyeru diri saya sendiri dan rakan-rakan marilah kita menjaga hati kita dengan sehabis baik kerana hati yang bersih merupakan tempat Allah bersemayam, hati yang kotor adalah tempat syaitan beraja.
   
Sekian sampai berjumpa lagi...
     WALLAHUALAMUMALAMTA'LAMUUN

Selasa, 17 Mei 2011

YANG SEBENO-BENONYE!

  Kome sume mesti tengok video nih, sebab sape yang tak tau akan tertanye-tanye. Agama ni camne, datang dari mane, ape pahaman die, untuk ilangkan kekeliruan mekeme sume tengok je bende ni. (Yang sebenomye aku maleh nak nulis). Ini hanyelah pendapat bukan nasihat.
     Sebagai maklumat tambahan, sebenonye orang Yahudi dan Nasrani ni deme dah tau tentang nabi muhammad ni, tapi deme tak nak bagitau kat orang pasal deme dengki dan hasad, sebab nabi MUHAMMAD S.A.W tak lahir dikalangan deme. Yang pertama sekali yang teman nak cerita, sebelum Yatsrib mendapat nama Madinah, disane didomonasi oleh kaum Arab dari bani Aus dan Khazraj. Orang yahudi dan Nasrani pernah berperang ngan deme, Yahudi dan Nasrani kalah, pastu deme ugut puak Aus dan Khazraj ni dengan nabi Muhammad. Deme kate "mekeme tunggu le nanti, bile datangnye nabi akhir zaman kami akan gabung ngan die hancurkan mekeme sume".
    Bile dengo camtu kecut le Aus dan Khazraj ni, Akhirnye muncul juge nabi yang dimaksudkan, tapi yang frustnye nabi tu bukan lahir dikalangan yahudi, tapi bangsa arab. Disebabkan frust yang menonggeng, maka Yahudi dan nasrani pun amik keputusan untuk mendiamkan diri. deme tak nak bagitau kat orang arab siapa nabi muhammad sebeno-benonye. Disebabkan itu juge perjanjian hudaibiah berlaku, hehehehe, tak tau kan? orang arab yatsrib takut nabi muhammad bergabung ngan yahudi disana nye pasallah!
     Orang-orang yahudi dan nasrani ni yang diberi kitab deme tahu tentang nabi kite nih, kalau tak caye cek Al-quran surah Al-Baqarah ayat 144-147, dalam tu allah bagitau yang pengetahuan deme tentang nabi muhammad seperti mengenal anak sendiri, Tapi yahudi dan nasrani menafikannya, mati-mati deme menafikannya.
   Boleh cek juga sirah nabawiyah ibnu hisyam dalam bab 102.Dan sebagai generasi muda yang senang percaya maklumat baru, cube kome kaji maklumat ni, mudah-mudahan hati kite terbuka agar senang sket kite lawan tipu muslihat kaum-kaum macam nih. Oke dah penat menulis ni sekian dari seorang yang bernama aku. Yang baik dari ALLAH, Yang jahat dari kome jugak. WALLAHUA'LAMUMALAATA'LAMUUN
     HIDUP MULIA, MATI SYAHID!
*(Terima kasih juga pada syeikh Ahmad Deedat moga Allah meredhainya dan merahmatinya)

Isnin, 9 Mei 2011

DEMI DUNIA, ALLAH, DAN DIRI KITA SENDIRI!

ASSALAMUALAIKUMWAROHMATULLAHIWABAROKATUHUALAIH,
     Salam sejahtera saya ucapkan kepada saudara-saudari sekalian, moga-moga hari ini kita masih lagi dalam lindungan rahmat  ALLAH yang tidak pernah kecil sekalipun. Yang pertama-tama sekali marilah kita merafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran kepada ALLAH S.W.T  yang tidak pernah berkira dengan kita walau sehembus nafas meskipun banyak syariatnya yang kita masih tidak patuhi walau tahu akibatnya.
     Selawat dan salam juga keatas nabi junjungan seluruh umat islam akhir zaman ini iaitu rasulullah MUHAMMAD S.A.W yang mana dengan daya dan usaha beliau kita pada hari ini didalam nikmat iman dan juga islam (walau dibenci orang kafir). Baginda telah berjuang untuk melepaskan kita dari api neraka agar kita seluruh umatnya bersamanya kesyurga.
Demi dunia,
     Sesungguhnya rugilah orang yang mencari dunia kerana dunia sendiripun tidak dapat menjamin dirinya di hadapan tuhan kelak, dunia sendiri asal mulanya tidak mahu manusia dijadikan daripadanya sehingga ia melarang malaikat-malaikat ALLAH mengambil dari bahagian tubuhnya untuk dijadikan manusia. Namun perintah ALLAH lebih besar dari itu, maka atas perintah ALLAH, malaikat Izrail berjaya juga mendapatkan tujuh jenis tanah sari dunia untuk dijadikan manusia.
Demi dunia,
     Sesungguhnya manusia telah rugi, segala yang diciptakan didalamnya adalah palsu belaka,sedangka kepalsuan itu dicipta manusia sendiri,semuanya bersifat sementara. Sehingga manusia tidak sedar mana satu yang palsu dan mana satu yang asli. Dunia telah menawarkan banyak perkara yang menyebabkan seorang anak lupa pesanan ibu-bapanya, menyebabkan kita tenggelam didalamnya, semua ini dilakukan dunia kepada orang yang sebenar-benar mencarinya. Maka sesalan dimasa akan datang akan dibenci ALLAH.
Demi dunia,
     Sesungguhnya dunia itu merupakan kalimah yang negative pada insan yang bergelar hamba ALLAH, ia akan sentiasa menarik mereka untuk menerokai setiap nikmat yang ia ada. Bagi yang melihat dengan mata maka kenikmatan dunia akan dilihat berkekalan selama-lamanya, bagi yang melihat dengan hati nikmatnya akan ditolak dengan hipokrit! Bagi yang melihat dengan akal, nikmat itu akan dirasa dengan tanpa batasan halal-haram,Bagi yang melihat dengan bantuan ALLAH kenikmatan itu akan dilihat sebagai daging busuk yang akan sentiasa dijauhui.
Demi ALLAH!
     Tidaklah ia menciptakan dunia itu melainkan sebagai cubaan kepada setiap hamba-hambanya, barang siapa yang berkehendakkannya maka ia mendapat bahagian darinya, barangsiapa yang tidak mahu padanya ia tidak akan mendapat bahagian darinya. Dunia ini hanyalah pentas cubaan dengan kita sebagai pelakonya. Namun penghayatannya datang dari akal kita sendiri. Hidup didunia ini pula tidak akan abadi, mahukah kita menghiasi rumah yang akan kita tinggalkan?
Demi ALLAH!
     Dunia sekalipun berpesan kepada manusia tujuh perkara setiap hari namun kita tidak mendengarnya. Oleh itu saudara sekalian, sudah tiba masanya kita berjuang demi YAUMUL MIZAN! Hari dimana setiap jiwa akan menghadapi timbangan amal, baik dan buruk akan ditimbal balas sama rata. Maka marilah kita kembali kepada ALLAH tuhan yang menciptakan langit dan bumi ini. Tidak ada sesuatu pun yang terlepas dari kakuasaanya. Carilah jalan kesyurga, elakkan jalan menuju neraka!
     NAH! DEMI DIRI KITA SENDIRI!
     Adakah kita masih lagi melihat dunia ini sebagai tampat penginapan yang aman? Sanggupkah kita tidur dengan nyenyaknya didunia ini lagi sedangkan berjuta-juta musyrikin sedang memikirkan bagaimana boleh menidurkan kita selamanya? Orang yang berfikir tidak akan mati! Orang yang berjuang tidak akan mati! Orang yang berilmu tIdak akan mati, Sekaranglah masanya kita bangun untuk membina kembali  dunia yang sedang korup ini! Tanyakan dirimu adakah saya pencinta ALLAH sejati? Adakah saya pencinta NABI saya MUHAMMAD yang sejati? Adakah saya tidak pernah membaca AL-QURAN yang mana didalamnya terdapat janji ALLAH yang tidak pernah bohong? Apakah dunia ini benar bagai air laut yang akan menghanyutkan segala didalamnya?
NAH! DEMI DIRI KITA SENDIRI!
     Apakah pengorbanan sahabat-sahabat dahulu kala adalah untuk dijadikan sebagai dongeng cerita dimasa kini? Apakah Imam Mahdi akan turun dengan kita sebagai tenteranya? Apakah kita merindui syurga atau sedang membina jalan keneraka? Apakah kita senyum ketika Musyrikin menghenyak kita diatas alasan Demokrasi? Apakah kita tidak patut merasa malu dengan apa yang kita lakukan hari ini? Laungan saya pada hari ini adala sebagai penyuntik idea semangat untuk kita semua mencari jalan bersama bagi menghapuskan rancangan jahat Iblis!
Beranilah berdepan dengan hakikat bahwa ALLAH itu adalah satu, Muhammad itu utusannya yang dikasihi, Al-Quran adalah pedoman hidup kita! Dan kita sendiri adalah Kaum yang DIMULIAKAN HIDUP KERANA ALLAH, DISYAHIDKAN JIKA MATI DIJALANNYA…
Pesanan kepada diri saya dan anda semua WALLAHUA’LAMUMAALAATA’LAMUUN

Jumaat, 6 Mei 2011

APA KITA SEPATUTNYA HARI INI?

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokaatuhualaih
     salam sejahtera kepada semua saudara-saudari yang dikasihi dan dirahmati semoga sentiasa didalam payung lindungan ALLAH pencipta alam ini. Selawat dan salam juga atas nabi junjungan Muhammad S.A.W yang kerana baginda kita dapat merasai nikmat iman dan islam.
     Sebagai generasi muda diakhir zaman ini, tambahan pula sebagai kaum muslimin dan muslimat yang sentiasa dimuliakan Allah, Kita sewajarnya menguatkan diri dari segi fizikal dan mental dari fitnah yang semakin berleluasa pada waktu ini. Segala propaganda dari kaum-kaum musyrikin mestilah kita hadami dengan sebaik-baik mungkin agar kita tidak kepada dengan muslihat mereka yang akan selalu mencari jalan untuk menjatuhkan agama yang kita cintai ini.
     Fitnah yang saya maksudkan ini adalah fitnah kepada agama kita yang mana ia semakin dipandang enteng dan ganas oleh pihak-pihak musyrikin. Hanya kerana sebahagian perkara yang kita tidak pasti akan siapa penyebabnya, kita telah diapi-apikan untuk melatah sama untuk memperjuangkan islam secara ekstrem. Sehingga kita terlupa untuk menyusun strategi yang lebih efektif bagaimana mencari jalan berdakwah dengan lebih baik.
     Marilah kita fikirkan, siapakah yang tersilap dalam hal ini? musyrikin atau kita? kalau kita katakan musyrikin, mereka langsung tidak melakukan kesilapan kerana majoriti mereka sememangnya mahu menjatuhkan semua agama didunia ini. Strategi melaga-lagakan semua agama, memecah-belahkan fahaman agama merupakan salah satu dari strategi perang mereka. Mereka telah merangka perkara ini sejak dari zaman islam tersebar luas lagi dan tidak akan berhenti walau untuk satu saat pun untuk merangcang lebih strategi lagi bagi menjatuhkannya.
     Dengan memperkenalkan hiburan, aktiviti-aktiviti yang melawan logik moral mereka mempengaruhi kita untuk turut sama merasai cara hidup mereka. Iaitu cara hidup bebas dari konkongan seluruhnya. Kerana itu demokrasi ditubuhkan, hak individu dikuatkuasakan, hiburan diindustrikan sehingga kita gagal dalam mengemaskinikan kehidupan kita sebagai muslim dengan cara yang lebih baik.
     Namun pokok pula tidak akan bergoyang jika tidak ada angin yang bertiup, Muslim didunia ini semakin terpengaruh dengan kehidupan musyrikin. Majoriti kita semakin selesa dengan kehidupan bebas yang terlepas dari kongkongan agama dan undang-undang. Anak-anak cilik kita semakin menyayangi artis-artis daripada mengenali nabi-nabi kita. Ini dapat dibuktikan dengan program-program yang menggalakkan mereka menjadi artis atau sebagainya.
     Namun tak semua yang selesa dengan kehidupan begini. Telah saya katakan tadi bahawa musyrikin majoritinya tetap dengan rancangan mereka untuk menjatuhkan agama islam. Sedangkan kita hanya minoriti sahaja yang yang berfikir bagaimana untuk lebih memantapkan islam. Fikiran kita yang lemah ini kerana rosaknya akal kita yang telah dipengaruhi oleh cara hidup musyrikin.
     Jadi marilah sama-sama kita renungkan sebahagian yang perkara yang saya sebutkan tadi, adakah kita rela menunggu kedatangan imam mahdi sahaja baru kita mahu menjadi pembela agama sejati atau kita dari sekarang menguatkan tekad dan fikiran untuk membela agama sekarang. Bantuan Allah tidak akan datang pada kita jika kita hanya duduk diam sahaja.
     Generasi muda kita juga harus dibentuk semula agar mereka dapat menjadi tunjang agama yang kuat dan menjadi suara baru bagi kita dalam mangharungi fitnah agama yang semakin berat dan hebat ini. Kenalkan mereka dengan Tuhan kita ALLAH! kenalkan mereka dengan nabi kita MUHAMMAD! kenalkan kan mereka dengan kitab kita AL-QURANUL KARIM!
     Apa lagi yang kita tunggu bukankah jelas bagi kita sebagai umat islam hanya tinggal dua pilihan? apa pilihan itu?
 HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID!!!

WALLAHUA'LAMUMAALATA'LAMUUN

Rabu, 4 Mei 2011

KATA-KATA HIKMAH SAIDINA ALI BIN ABI THALIB KARAMULLAHU WAJHAH (1)

Ali bin Abi thalib r.a berkata kepada kumail; “hai Kumail! Ilmu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta.Ilmu menghukum dan harta terhukum. Harta berkurang bila dibelanjakan dan ilmu bertambah dengan disebarkan”.
     “orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat, dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapatlah sesuatu kekosongan dalam islam yang tidak dapat ditutup selain oleh penggantinya (yang berilmu juga)”.
     “Ada dua orang yang mendatangkan bala bencana kepada kita, iaitu orang yang berilmu dan tidak menjaga kehormatan dan orang yang bodoh yang kuat beribadah. Orang yang bodoh itu menipu kita dengan amalannya, dan orang berilmu itu menipu kita dengan kelalaiannya”.
     “Hati adalah wadah. Hati yang baik adalah hati yang sentiasa menjaga kebajikan. Manusia itu tiga: alim rabbani (yang berilmu ketuhanan) ; pelajar yang berada di jalan keselamatan, orang awam yang bertualang dengan kerendahan hati budi mengikuti ucapan semua orang yang pandai berteriak, condong kemana dibawa angin, tidak memperolehi sinar ilmu dan tidak bersandar kepada tiang yang teguh. Ilmu lebih baik daripada harta. Ilmu bertambah dengan disebarkan manakala harta berkurang dengan dibelanjakan. Ilmu adalah agama yang dipegang teguh. Dengan ilmu dihasilkan ketaatan dalam hidup dan keelokan sebutan sesudah mati. Ilmu menghukum dan harta terhukum. Kegunaan harta hilang bersama dengan hilangnya. Matolah penjaga gudang-gudang harta, walaupun mereka masih hidup. Dan ulama’ (ahli ilmu) itu terus hidup, kekal sepanjang zaman”.
WALLAHUA'LAMUMALAATA'LAMUUN